Friday, 23 April 2021

Permulaan Sebuah Kisah

Aku memulakan kehidupan di Ibu Kota sekitar tahun 2005..waktu itu hanya dengan berbekal sebuah yamaha SRE yang aku beli 'seken' di Klang. Setelah keadaan agak stabil aku memutuskan untuk mencari sebuah kereta bagi kegunaanku untuk balik kampung setelah bosan mengejar bas dan jenuh mengangkut beg-beg besar terutama ketika pulang berhari raya..Pada waktu itu demam sukan "drift" baru bercambah dan aku juga terbawa-bawa untuk mencari sebuah 'kereta sukan' yang mampu milik..

Pada ketika itu, laman web mudah.my masih belum wujud lagi (atau mungkin aku yang tak berjaya jumpa) jadi aku meneruskan pencarian dalam motor trader (yang majalah punya) serta beberapa laman web lagi (yang aku dah lupa namanya)..

Di awal pencarian aku berjaya menemui sebuah jentera yang agak menarik iaitu Ford Sierra Cosworth di area Klang - Pulau Indah. Tetapi owner tiba-tiba tak jadi nak menjual kereta tersebut dan menawarkan aku sebuah Toyota SE Liftback yang menurutnya telah dimasukkan dengan enjin "Super Charger" serta dilengkapi beberapa aksesori JDM..

Aku yang agak kecewa dengan keputusan tersebut telah menolak tawaran menarik berkenaan (maklumlah zaman tu belum ada aplikasi whatapps lagi..nak share gambar dengan MMS agak tinggi kosnya waktu itu)..lama juga aku 'stop' cari kereta dan melanyak duit simpanan tersebut..

Sehinggalah suatu hari (kira kira 6 bulan lepas tu)..aku terserempak dengan sebuah Toyota Liftback yang 'bermukakan' Sprinter Ceilo..Dalam hati berkata "nampak cantik dari Liftback biasa"..Jadi aku putuskan untuk mencari sebuah Liftback..pencarian pantas aku berjaya menemukan sebuah liftback dalam keaadan yang agak baik..kereta standard nyonya @ uncle itu aku temui di Kelana Jaya..

Melalui iklan yang aku print, aku berjaya mendapatkan kereta tersebut dengan harga yang lebih rendah dari sepatutnya (aku terprint yang harga lama..huntung la aku..hehehe)..aku beli kereta dari sebuah used car yang beroperasi di sebuah rumah lama di Kelana Jaya (sekarang ni dah takde dah pun kedai tu)..

Perkara pertama yang aku buat selepas dapat kereta "baru"..biasalah servis dan hantar kepada pomen..pomen pulak komplen macam2..suruh buat top overhaul la..dan macam macam..tapi aku hanya tukar timing belt dan v belt sahaja..tak termakan dengan pujukan pomen sebab aku ada planning lain..

.....Bersambung   

 

No comments:

Post a Comment